Monday, March 12, 2012

Medik hati

Assalamualaikum all. So how's everything? Good? Great kan?!! Hehe. Kalau bagi yang tidak berapa nak great tu, find ways to be as great okeyh? 

Kali ini kita bincang soal hati. Saya takut hati mati. Saya tak mahu hati saya mati. Orang cakap, kalau hati mati nie tengok benda2 sedih pun tak menangis, tak tersentuh, sebab hati dah keras a.k.a hati mati. Senang cerita, hati batu. Huhuhu. Saya akui semakin meningkat dewasa, makin terasa keras hati ni. Kenapa ya? Banyak dosa agaknya. Herm... mungkin. Nevertheless, it's not hard for us to hear the loud silent scream of our heart. Muslim's conscience. Apa maksud conscience? Conscience tu bermaksud, kalau kita nak buat sesuatu, inner-self kita akan second guess benda tu, betul ke tidak apa yang kita nak buat tu. Salah ke betul. Allah redha ke Allah murka. Thank Allah for it still "work" in us. Saves us in a lot of situations and matters. If it don't, man you gotta do something about it. 

Apa-apa pun, kita masih punya hati. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untukMu. Tak kisah lah hati retak ke, hati sakit ke, hati pengsan ke, if it once hurt, it needs recovery. It deserves one! It deserves one. Jadi, apa ubat hati??

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.



2 comments:

PùRpLè LuV Me said...

hati tersembunyi
hati tempat tersimpan beribu misteri
namun tanpa hati
siapala kita ini...

take care sahabat...:)

so great to hear from u :)

aina halim said...

You take care too reen :)

p/s: busy nak menulis sokmo2 (okey alasan semata) :P