Assalamualaikum. What's up semua? Ada cerita hebat2 tak tengah sem ni. Almaklumla semua dah tak cukup nafas nak kejar assignments, tutorial sebagai kan.
Cerita saya, minggu lepas ada kunjungan pelajar fakulti ekonomi dari Universitas Tanjungpura Indonesia. Diorang datang nak tengok environment belajar pelajar FEB (fakulti ekonomi dan perniagaan) unimas macam mana. Cara belajar, lecturers, styles, etc. Kiranya yang mana kurang, boleh ditambah baik nanti bila balik ke universiti diorang nanti. Saya rasa bagus kunjungan macam ni. Yelah, boleh tengok culture belajar kat different universiti daripada universiti kita. Takde la kita syok2 dengan cara kita saja. Kan? I mean, this kind of visit provides a space for improvements and growth, for good :)
Keduanya, semester ni memang tersangat dan teramatlah busy. Sampai langsung takde masa langsung (ok, perlu ke sampai dua kali guna langsung) nak rehat free2 lepak2 untuk diri sendiri. Hujung minggu pon tak duk rumah you olls. Adeh. Dear body, please bear sikit dengan Aina tu, dia busy. Almaklumla, semester ni aktif berpersatuan katanya. Please be strong enough for her.
Ketiganya. Mungkin usia dah meningkat, hormon2 yang sepatutnya pon meningkat jugak nih. Tengok semua kawan2 ada couple. Ada boyfriend. Ish tak boleh jadi macam ni. Hati ni susah betul nak jaga. Tapi tak. Kena jaga ni. Hati ini telah lama terjaga untuk lelaki yang selayaknya, jangan rebah di sini. Jangan rebah di sini. Jangan rebah di sini. Hati, tenang wahai hati.
"Ya Allah, jadikan hambaMu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."
(HR Muslim)
Dear future husband,
take care... and, jangan tengok perempuan lain banyak sangat haha.
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn
cara-Nya yang tersendiri..
(fb copied)
(fb copied)
InsyaAllah sama2 beramal :)

3 comments:
nice post
i like!!!!
thanks reen.. hanya tulis apa yang terbuku kat hati ni je. hati ni sebarang jek final2 year dah ni, nak gedik2 plak. adei. and busy manjang jek, tak pat nak update seaktif dulu2.. blogging ni best, jarang2 pon tetap masuk jugak sini
suka post ni!! cool n relax.. patut ada yang termalu ngn mosses.. hehe.. na.. biar kita rasa xde sapa skunk.. nikmat bila cinta past kawen pasti lagi.. lagi.. lagi.. dan amat.. amat... indah rasanya... walaupun ika pernah ternoda dlm cinta palsu.. cinta yang xhalal.. tapi ika juga punya impian untuk miliki cinta paling halal.. ika nk belajar untuk jaga hati... ^_^
Post a Comment